Monday, 25 April 2016

Korail Tourist Train O Train & V Train




Salam...Anneyong...

Ada sapa-sapa nak ke Korea Selatan tahun ni? Tau tak kita boleh dapat tiket train percuma? Ya, PERCUMA!! Caranya mudah saja. Nanti aku terangkan.

Untuk pengetahuan, KTX Korea ada bukak satu showroom dekat NU Sentral, KL Sentral. Kalau tak silap untuk bid tender landasan keretapi laju dari KL ke Singapura. Masa aku dok KL memang pernah nampak showroom tu tapi masa tu belum bukak lagi.

Untuk sesiapa yang bercadang atau dah ada tiket flight ke Korea tahun ni (2016) KTX Malaysia ada bagi tiket free Korail Tourist Train. Pegi je kat KTX Malaysia tu dan tunjukkan itenanery flight dan mereka akan bagi setiap seorang commemorative ticket tu percuma. K dan E yang pergi ambil tiket tu dan diorang tanya orang kat sana macam mana cara nak guna tiket tu dan orang kat situ pun tak tau. Puas jugak la aku search. Yang ada cuma mereka yang beli sendiri di Seoul. Jadi...konsepnya marilah kita redah sahaja.
Commemorative Ticket

TIPS:

1. Tiket ini hanya sah ditukar di Seoul Station. Jadi kalau boleh hari sampai tu teruslah pergi tukar. Hostel kami di Sungkyunkwan means kena turun kat Hyehwa atau nak lagi senang naik airport bus je. Tapi sebab nak tukar tiket ni, kami opt for AREX. Memang akan turun kat Seoul Station.

2. Sila naik ke tingkat atas sekali. Cari Information Counter. Tunjukkan tiket tu. 1 tiket entitle untuk 2 perjalanan. Dan boleh digunakan untuk O Train, V Train, S Train dan A Train. Kita boleh pilih train mana kita nak naik. Oleh kerana aku hanya tau pasal O Train dan V Train sahaja, so marilah kita tukar 2 train tu sahaja.

3. Agashi kat Information Counter tu bagi cadangan ambil O Train dari Seoul ke Buncheon. Vtrain dari Buncheon ke Cheoram dan O Train dari Cheoram ke Seoul. Tapi tiket V Train kena bayar sendiri KRW 8,400 which is ahli rombongan setuju je sebab tak la mahal sangat.Yang 2 trip O Train tu boleh guna tiket dari KTX Malaysia. Oh..agashi tu pun bole speaking the London so no worries la kot ada language barrier ke..

4. Aku galakkan tukar tiket awal. Sebab kami sampai Seoul hari Khamis, kononnya nak naik tourist train tu hari Sabtu sebab nak elak crowd kat Seoul. Sekali tiket V Train habis plak. Tinggal standing je, Jadi marilah kita tukar ke hari Ahad.


O Train Seoul-Buncheon (kalau beli KRW 40,400)

Bertolak jam 8.15 pagi. Haruslah diingatkan bahawa sistem pengangkutan di Korea ni sangat punctual. Gigih la kami awal pagi bangun walaupun sehari sebelum tu membetis mengejar Song Joong Ki di KBS. Siap bawak bekal nasi instant, sambal ikan bilis dan seaweed. Tak silap pagi tu kami sempat rembat roti dari pantry hostel makan dengan tuna.

Seoul Station
                                                        


Moh ler kita turun (sambil jalan ketam)


Ni la O Train nye

Gaya ongkaya makan stoberi dipagi hari

O Train ni standard macam ERL kat Malaysia sebenarnya. Keretapi laju tapi tak selaju shinkansen di Jepun ( macam penah naik) dan KTX di Korea (ni penah naik dulu). Jadi nak kata sightseeing sangat tu pun tak la sebab ada masa laju sangat. Gambar gue jadi geger vaganza. Ada certain station akan ada orang naik. Banyak yang naik tu samada nak balik kampung atau nak daki gunung. Yang tourist dalam tu hanya kami berempat dan 2 Philipinos je.


Random station

Kawasan outside town

Near Suwon Station. Yang ni ingat sebab ada niat nak ke Suwon Fortress tapi tak kesampaian atas sebab kekangan masa


Car 3


Car 2


Car 2

Balik kampung ke Ahjumma...

Train ni ada 4 gerabak. Gerabak 1 & 4 sama style, Gerabak 2 ada couple room dan family seater macam yang ahjumma tu duduk. Gerabak 3 ada single seater dan double seater. Masa pergi dapat gerabak 1 dan masa balik dapat gerabak 3. Oh, kat gerabak 3 ada toilet. Gerabak 1 pun ada tapi tuk lelaki dan OKU.


Snack bawak dari Malaysia siap ngan air kopi

Aku siap dok kat bench belah belakang tu layan feeling sambil makan coco crunch (ko mampu?)

Lepak ntah berapa lama. 5 jam lebih gak kot sampai keras montot, maka sampailah kami ke station Buncheon. V Train ke Cheoram akan bertolak dalam 45 minit so memula tu pikir nak cari port nak makan tapi dah turun tengok amboi lawanya tempat ni. Terus anak-anak itik katik ni berlari tak ingat dunia nampak tempat banyak nak selfie..ahahaha...

Perkampungan ni dipanggil Santa Clause Town. So rasanya sepanjang tahun merasa la nak sambut krismas kat sini. Jom layan gambar dulu..

Jalan turun ke bawah (jalan ketam sebab lenguh dok dalam train 5 jam)

Jumpa rumah igloo..tak tau pintu tu bole bukak ke tak

Kedai jual cendawan (aku target cendawan liar..memandai je kan)

Mana datang banyak kereta ni?

Eppepor takes Buncheon

Bebudak tiga orang ni pantang aku setting tripod, diorang terus berdiri depan. Banyak la gambar stock boleh buat hidung berdarah kalau tengok. Tapi aku suka je sebab aku ada rasa janggal dengan selfie. Favorite pose kitorang camni la. Tunjuk montot..ahahaha

Cheoram station

O Train masa balik..dah petang masa ni


Hujan..nasib dalam train ada heater

Setiap station O Train akan ada signboard ni




Lepas 45 minit duduk mengambil gambar dan membuang isi perut, perasan yang V Train sudah tiba!!!Yeay!!!!

V Train ni akan lalu valley.. Celah-celah gunung. Buat aku terfikir kalau musim luruh mesti lagi cantik.

Lembah dan sungai

Kalau musim panas mesti sedap dapat mandi ni

Eh..gambar dalam train tak tunjuk pun kan? Train ni penuh dengan local je sebenarnya. Dekat Santa Clause Town tu nampak banyak kereta ngan bas kan? Tu sume nak naik V Train ni la. Dah macam rombongan Cik kiah je. Sebab dek ahjumma dan ahjushi ni la kami tak dapat ticket hari sabtu..pftt..

Penuh deme je...

Boleh pandang sisi camni

Pendaki gunung yang sporting siap lambai-lambai

Tak muak nak tengok

Dalam terowong

Glow in the dark

Bila lalu terowong, bumbung train ni akan ada glow in the dark. Ada sekali terowong tu panjang, siap bukak lagu dance dance lagi. Dengan lampu disko. Ahjumma siap menari-nari hati keriangan lagi.

Hanya ada dua station yang V Train berhenti. K siap pelik aku bole paham apa Korean tu cakap. Dia tak tau berkat tengok drama Korea la menyebabkan aku bole paham sikit-sikit apa yang diorang cakap. Train berhenti tak lama dalam seploh minit camtu. Ada ahjumma jual makanan. Kami turun gak. Turun ngamik gambar cover album..ahahaha..

Beli..jangan tak beli..yang aku perasan ada jual rice cake

Perjalanan diteruskan lagi. Berhenti satu lagi station. Cinta R tertinggal disini..ahahaha...jauh oi kalu nak anta rombongan pengantin. Kawasan ceruk mana ntah.

Seungbu station. R, boleh la anta surat cinta kat oppa tu kesini ye


Wonder how it look during autumn?

Dengan KRW 8,400 kami dapat view yang sangat ohsem..

V Train akan stop di station Cheoram dan kami akan naik O Train balik ke Seoul. Duduk kat waiting room Cheoram sambil makan bekal dan layan SNL Korea walaupun tak paham. Sebab diorang tengah tayang parodi Descendants of the Sun haruslah kami melayan walaupun gelak macam paham je. K dan E dok keluar amik gambar. Aku tak larat nak keluar sebab sejuk sangat.

Aku ada baca blog kata boleh round dekat perkampungan Cheoram tu. Tapi dari pemerhatian nampak macam kampung tinggal je lagilah tak selera nak jalan. Dengan sejuknya lagi.

2 jam menunggu,bila O Train sampai kami take berlengah naik. Dah tak sabar nak tido sebenarnya. Train balik ni delay sikit. Keras bontot dok lama. Sampai Seoul station heret kaki nak ke subway lines plak.

Bagi aku, aku puas ati sebab dengan krw8,400 which means lebih kurang rm30 aku dapat tengok view yang cantik. Merasai suasana yang biasa aku tengok dalam TV je (aku peminat 2 days 1 night) buat aku rasa bersyukur diberi peluang melihat keindahan alam ciptaan tuhan.

Kalau korang ke Seoul tahun ni pegilah amik ticket tu. Terutama yang plan free and easy. Masukkan 1 hari untuk sightseeing train dalam plan. Bagi aku, berbaloi sebab aku suka tengok alam sekitar camtu. Aku tak tau apa ahli rombongan rasa tapi aku tengok diorang happy je mengambik gambar.

Nanti aku update cite yang lain plak ye. Macam mana nak survive dengan bajet yang terhad di Seoul.

Ada orang tanya lepas ni nak pergi Korea lagi ke? Aku rasa cukup la dulu. Mungkin aku patut plan ke negara lain. Trip kali ni aku rasa penat sebenarnya. Penat dengan drama sebelum berlepas. Aku teringin nak buat solo trip walaupun kena ready tadah telinga Acik bising. 

Doakan aku rajin update ye.

1 comment:

  1. hai..Nak tanya psal ticket tu.. ktorng pun hari tu ade collect train ticket tu dkt NU Sentral.. tiket ni cuma dpt tukar dekat seoul station je ke? sbb ktorg nti pegi kat busan je.. tq

    ReplyDelete